SMA(Atas)SZA

Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin


Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin
                                                         Jenis:Sekolah Menengah Agama, Sekolah kerajaan
Kod sekolahTFT3002
Lokasi Malaysia Jalan Sultan Mahmud , Kuala Terengganu , Malaysia Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman,Malaysia
Telefon6096221086
Faks6096317086

Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin atau nama ringkasnya SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Jalan Sultan Mahmud , Kuala Terengganu , Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin memiliki 299 pelajar lelaki dan 489 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 788 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru.2009

Alamat

Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin
Jalan Sultan Mahmud , Kuala Terengganu , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096221086
Fax = 6096317086



SEJARAH SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN
PENGENALAN

Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) merupakan sebuah pusat pengajaran agama yang tertua di negeri Terengganu.  Meskipun penubuhannya sudah menjangkau hampir 100 tahun, namun SMAASZA telah berjaya mengekalkan ketrampilannya dengan sumbangan serta jasa bakti  kepada masyarakat Islam Terengganu.  Pelbagai ranjaudan duri telah dilalaui demi menabur bakti dan kesedaran kepada masyarakat.

Hasilnya, sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terbilang negeri, antaranya ialah Yang Amat Berhormat Tan Sri Ibrahim Fikri ( Allahyarham ), Yang Berhormat Dato' Mahmud bin Sulaiman, Dato' Seri Amar Di Raja Tan  Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Dato' Dr. Mohamed Yusof bin Haji Mohd Noor dan lain-lain lagi.

ASAL USUL

SMAASZA telah melalui beberapa peringkat proses perkembangan. Kelahirannya adalah hasil daripada kesedaran para cendikiawan berpendidikan agama selepas Perang Dunia Kedua berikutan perkembangan pesat sekolah Inggeris dan kemalapan sistem pengajian pondok. Ketidak keseimbangan ini begitu ketara dan membimbangkan sehinggalah pada tahun 1925, suatu inisiatif telah diambil dengan mewujudkan satu kelas  pelajaran agama dengan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.  Kelas ini pada mulanya ditumpangkan di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya dipindahkan ke Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu. Kelas ini dikenali dengan nama Madrasah Arabiyyah.

Pada tahun 1932, sebuah bangunan telah didirikan untuk Madrasah Arabiyyah di Kampung Ladang, Kuala Terengganu hasil dari pungutan derma orang ramai dan bantuan Kerajaan Negeri.  Bangunan ini telah dirasmikan pada tahun 1933 oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dengan nama 'Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin'.

Madrasah ini terus dimajukan dan dipindahkan ke Batu Burok, Kuala Terengganu pada tahun 1958 dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas SultanZainal Abidin ( SMAASZA ).
 Berikut adalah ringkasan mengenai sejarah penubuhan SMAASZA.
1.      TARIKH DAN TAHUN PENUBUHAN
·         1925 - (Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudian di Sekolah       Melayu Bukit Jambul)
·         1932 – Bangunan baru didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
·         1933 – Perasmian
·         1943 – Bangunan tambahan dibina/pembesaran sekolah

·         1958 – Penubuhan  SMAASZA Batu Burok (Pembahagian peringkat persekolahan)

2.      PENGASAS / TOKOH PENUBUHAN
*Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.

3.      TAPAK / LOKASI SEKOLAH

 Tapak asal adalah rumah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Amar di Raja, Kampung Batu Burok, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu.


4.    





  BANGUNAN SEKOLAH PERINGKAT AWAL
*      Pada awal penubuhan, sekolah ini menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu dengan nama “Madrasah Arabiah”
*      Pada tahun 1932  sebuah bangunan sendiri telah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu. 
*      Pada tahun 1933 (15 Rejab 1353H), majlis perasmian sekolah telah adakan dan perasminya ialah DYMM Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.  Nama sekolah adalah “ Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin “
*      Pada tahun 1943 (zaman pemerintahan Jepun) DYMM Sultan Sulaiman telah menghadiahkan sebuah balai Istana Maziah untuk menampung pertambahan bilangan pelajar (atas inisiatif Encik Ibrahim  Fikri bin Muhammad (Tan Sri Ibrahim Fikri))
*      Pada tahun 1952 sebuah asrama didirikan untuk tempat tinggal pelajar yang jauh dari Kuala Terengganu.
*      Bangunan yang didirikan pada tahun 1933 dan 1943 telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru.

5.      PERKEMBANGAN DAN PENUBUHAN SMAASZA
*      Pada tahun 1958 berlaku perubahan dasar pelajaran sekolah, iaitu dibahagikan kepada dua:-
a.      Bahagian Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun
b.      Bahagian Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun
*      Pelajar yang menamatkan darjah 6 sekolah kebangsaan akan dimasukkan ke pengajian Ibtidai selama 5 tahun, setelah lulus akan dianugerahkan Sijil Ibtidai dan ini membolehkan mereka me nyambung pelajaran ke peringkat Thanawi  selama 4 tahun lagi untuk memperoleh Sijil Thanawi (Sijil Thanawi ini diakui setaraf dengan Sijil Thanawi Azhar, dan pemegangnya boleh menyambung pengajian ke tahun pertama di Universiti Azhar, Mesir)
*      Pada tahun 1958 ini juga berlaku pemindahan peringkat pembelajaran di mana bahagian Ibtidai kekal di Kampung Ladang manakala bahagian Thanawi dipindahkan ke sebuah bangunan lama di atas sekeping tanah seluas 8 ekar di Kampung Batu Burok iaitu bekas rumah Allahyarham Datuk Sri Amar Di raja, bekas Menteri Besar Terengganu yang sebelum itu dijadikan Rumah Persinggahan.
*      Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ugama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk. (Nota: Pemindahan ini adalah hasil usaha YB Tan Sri Ibrahim Fikri yang ketika itu adalah Timbalan Menteri Besar Terengganu).  Hari ini, sekolah ini lebih dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama(Atas) Sultan Zainal Abidin atau SMAASZA.
*      Pada tahun 1962, dua blok bangunan batu dua tingkat telah didirikan, mengandungi 16 buah bilik darjah. 
*      Pada tahun 1965 sebuah dewan yang boleh memuatkan 500 orang pelajar/guru telah didirikan untuk kegunaan perhimpunan, majlis syarahan dan sebagainya.
*      Pada tahun 1966 sebuah bangunan batu 3 tingkat telah didirikan sebagai bangunan  tambahan.  Bangunan ini Telah dilengkapi dengan makmal sains dan sains rumah tangga serta bilik darjah.
*      Sebuah bangunan asrama untuk pelajar puteri telah didirikan dan bangunan ini boleh menampung kira-kira 150 orang  pelajar\




V I S I

SMAASZA Terbilang 2015

M I S I

Meningkatkan Kemampuan dan Keberkesanan
Program dan Aktiviti Sekolah
Untuk Melahirkan Individu
Yang Berilmu, Beriman
Beramal, Berakhlak Mulia
Berkebolehan dan Berwawasan

MOTO

Bersama Mencipta Kegemilangan

SLOGAN

Kalau Bukan Kita Siapa Lagi!

No comments:

Post a Comment