SMA Marang

Sekolah Menengah Agama Marang.


Sekolah Menengah Agama Marang
                                           Jenis:Sekolah Menengah Agama, Sekolah kerajaan
Kod sekolahTFT4001
Lokasi Malaysia Marang,Terengganu , Marang, MalaysiaMarang,Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon6096182226
Faks6096182500

Sekolah Menengah Agama Marang atau nama ringkasnya SMA Marang, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Marang,Terengganu , Marang , Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Marang memiliki 396 pelajar lelaki dan 526 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 922 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009

Alamat

Sekolah Menengah Agama Marang
Marang,Terengganu , Marang , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096182226
Fax = 6096182500


Sejarah Sekolah


PENGENALAN
Pada 6 September 1965, telah diadakan satu perjumpaan di rumah UMNO Marang.Satu penubuhan Jawatankuasa Penaja Sekolah Arab Marang telah dilantik dan ianya terdiri daripada :
BILNAMAJAWATAN
1Yang Berhormat Encik Nordin Bin Hj MohdYang Dipertua
2Encik Othman Bin YaakobNaib Yang Dipertua
3Encik Shafie Bin Abdul GhaniSetiausaha
4Tuan Haji Hassan Bin Abdul GhaniBendahari
5Encik Abdul Rahman Bin LongAhli Jawatankuasa
6Encik Abdul Majid Bin AliAhli Jawatankuasa
7Tuan Haji Mokhtar Bin Haji SaidAhli Jawatankuasa
8Tuan Haji Ibrahim Bin Haji AhmadAhli Jawatankuasa
9Yang Mulia Syed Omar Bin Abdul RahmanAhli Jawatankuasa
10Encik Muda Bin KastamAhli Jawatankuasa
11
Encik Sulong Bin Hassan
Ahli Jawatankuasa
16 November 1956Mesyuarat Jawatankuasa ini mengambil keputusan memohon kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk menubuhkan sebuah sekolah arab di Marang. Jawatankuasa ini berjaya mendapatkan bangunan di kawasan Balai Polis Marang untuk dijadikan bangunan sekolah ini.
1 Julai 1958Tertubuhnya Sekolah Menengah Agama Marang dengan 40 orang pelajar dan seorang guru iaitu Ustaz Haji Wan Abdul Rahman Bin Long
12 Julai 1963Bangunan baru (di tapak sekarang) mula digunakan
12 Julai 1964Sekolah dirasmikan oleh Bekas Menteri Besar Terengganu iaitu Allahyarham Datuk Ibrahim
Tahun 1970Guru Besar kedua telah dilantik pada 12 Januari 1970 iaitu Haji Mohd Noor Bin Haji Umat
Tahun 1973Guru Besar ketiga telah dilantik pada 20 Februari 1973 iaitu Haji Mohd Salleh Bin Hasan
Tahun 1976Sebuah asrama puteri dan bangunan makmal telah dibina dan mula digunakan pada tahun 1977
Tahun 1978Sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 8 bilik darjah dan makmal telah dibina. Siap pada akhir tahun 1982
Tahun 19895 buah bangunan baru telah dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah iaitu asrama puteri, bangunan sekolah 3 tingkat (blok C), kantin asrama dan 2 buah rumah guru serta padang bola sepak
Tahun 1990Hanya satu sesi pembelajaran diwujudkan setelah bangunan baru siap pada akhir tahun 1989 yang mana sebelum ini dua sesi iaitu pagi (Tingkatan 3-5) dan sesi petang (Tingkatan 1&2)
Tahun 1992Bengkel kemahiran hidup, bangunan sekolah 4 tingkat, Bilik Komputer, Bilik Sumber dan Bilik Pengawas mula digunakan sepenuhnya
Tahun 1993:Bilangan guru di Sekolah Menengah Agama Marang adalah seramai 56 orang, terdiri daripada 20 orang guru lelaki dan 36 guru perempuan.Manakala pelajarnya pula ialah seramai 921 orang
Visi dan Misi


Visi SMA Marang
SMA Marang Terbilang Akademik, Unggul Sahsiah Menjelang 2015
Misi SMA Marang
Mewujudkan iklim bermotivasi tinggi yang berpanjangan bagi:
Melahirkan pelajar yang beriman, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berketerampilan dan berwawasan serta mempertingkatkan potensi dan kecemerlangan mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara
Mempertingkatkan pentadbiran dan pengurusan yang berintegriti, budaya yang sihat, iklim yang kondusif serta jaringan komuniti yang padu untuk kecemerlangan organisasi

\






No comments:

Post a Comment