Wednesday 25 June 2014

Sempena Bulan Ramadhan

9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA



Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:
 

1. Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
 

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnye time kerja banyak..tetap maintain vogue walau kerja bertimbun atas meja..

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Himpunan Hadis Rasulallah

PEGANG TANGAN PASANGAN KEKASIH SEBELUM NIKAH


Sabda Rasullullah SAW : Sesungguhnya kepala seseorang di antara kamu ditusuk dengan jarum besi 
lebih baik daripada menyentuh tangan perempuan yang tidak halal baginya.


LELAKI MEMAKAI BARANG PEREMPUAN


Dari Ibnu Abbas RA katanya : Rasullullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan
 orang perempuan yang menyeruai lelaki. 


( Riwayat Bukhari )


JANGAN DUDUK DI JAMUAN YANG MENGHIDANGKAN ARAK


Sabda Rasullullah SAW : Barang siapa yang beriman kepada Allah SWT , janganlah duduk pada perjamuaan yang dihidangkan arak.


LAMBANG ALLAH DI BAJU TIDAK BOLEH DIBAWA KE TANDAS

Daripada Anas RA bahawasanya Rasullullah SAW apabila ia masuk ke tandas dicabut cincinya.
Dan adalah cincin itu diukir 3 baris.Muhammad satu baris , Rasul satu baris dan Allah satu baris 


(Riwayat ibnu Hibban )


ADAB BERKHATAM AL - QURAN

Daripada Amr bin Syuib , Rasullullah SAW Bersabda : Apabila seseorang hamba Allah itu berkhatam Al - Quran ,
 diselawatkan ke atasnya 6000 malaikat .


WASIAT MENDERMA MATA

Sabda Rasullullah SAW : Membedah mayat itu sama seperti membedahnya semasa ia masih hidup .


( Rawayat Abu Daud dengan sanad mengikut syarat muslim dan ditambah oleh Ibunu Majah )


GADIS MERAMPAS SUAMI ORANG


Sabda Rasullullah SAW : Bukanlah dari golongan kami seseorang yang merosakkan hubungan seseorang perempuan dari suaminya


KAHWIN SETELAH HAMIL


Sabda Rasullullah SAW : Barang siapa menasabkan seorang anak kepada bukan ayahnya yang sah , 
sedangkan diketahuinya bukan ayahnya , haramlah ia ke syurga.


ISTERI PAKSA SUAMI CERAIKAN DIA


Sabda Rasullullah SAW: mana mana perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah , maka
haramlah ia mencium bau syurga.


SUAMI MENJATUHKAN TALAK KEPADA ISTERINYA YANG TIDAK SIUMAN


Sabda Rasullullah SAW:Diangkat kalam (tidak diambil cacatan amalnya) kepada 3 orang iaitu :
1.Orang tidur sehingga dia jaga
2.Kanak kanak sehingga dia baligh
3.Orang gila sehingga dia berakal semula




Tanda Kebaikan
Daripada Mu'awiyah r.a.,katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan." 


(Muttafaq 'alaih) 


WALAUPUN SATU AYAT




Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba: 


"Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat . Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan 


sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempat duduknya dari neraka." 


(Riwayat Bukhari)


Jalan Mudah Ke Syurga




Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 


"Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga." 


Dunia Yang Terlaknat


Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah 
s.a.w. bersabda: 


"Dunia ini adalah terlaknat, terlaknat pula apa-apa yang ada di atasnya, melainkan berzikir kepada Allah dan apa-apa yang menyamainya, juga orang yang alim 


serta orang yang menuntut ilmu." 


Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa itu adalah Hadis hasan. 


Mesti Konsisten




Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 


"Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu. Dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu 


malam itu." 


(Muttafaq 'alaih) 




dari Umar bin Khattab berkata sabda Rasulullah s.a.w:
"seorang mati disiksa dalam kubur menurut apa yang dijeritkan dalam tangisan keluarganya"


(HR. Bukhari dan Muslim)






dari Ibnu Mas'ud berkata: sabda Rasulullah s.a.w:
"bukan dari golongan ku orang yang memukul-mukul pipi dan merobek saku dan menjerit dengan suara kaum jahiliyah"


(HR Bukhari dan Muslim)




dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w telah mengutuk orang yang merintih dan yang mendengarkannya"


(HR. Abu Dawud)


( SEMUA HADIS-HADIS DI ATAS DIDAPATI DARI SUMBER BACAAN AL USTAZ ISMAIL BIN KAMUS,SOAL JAWAB KEMUSKILAN AGAMA,MUAFAKAT INTERPRISE SDN BHD,CETAKKAN KE 3 APRIL 1989 //// DAN NAVEER MOHIDEEN BIN SYED MOHAMMAD,SEKS YANG DILARANG DALAM ISLAM,WEB PRINTERS SDN BHD,CETAKKAN KE 5 1992 )

Sekolah-Sekolah Menengah Agama Di Negeri Terengganu

5 Ciri Keunggulan Sifat Muslim

1. Dia mesti seorang yang jujur.
Setiap tindak-tanduknya diukur pada
ciri-ciri seorang Muslim yang baik

2. Dia mesti seorang yang berwibawa
serta memiliki ketrampilan yang
tersendiri lagi unik.

3. Dia mesti seorang yang
berbakat besar dalam banyak bidang,
tidak hanya tertahan pada kebolehan
akademik semata-mata.

4. Dia telah menempuh
pelbagai rentak hidup; bermula dari
 bawah dan kini telah menjadi
seorang yang terbilang.

5. Dia mempunyai formula atau
kaedah motivasinya yang tersendiri.

Tuesday 24 June 2014

KEM KOMPUTER 2014

KEM KOMPUTER SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA TERENGGANU 2014.

Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut telah dipilih sebagai tuan rumah Kem Komputer Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu Tahun 2014. Kem ini berlangsung pada 24 - 26 Jun 2014. Seramai 60 orang murid dari semua sepuluh buah sekolah menengah agama negeri Terengganu menyertai kem ini. Mereka terdiri daripada 30 orang murid lelaki dan 30 murid perempuan. Kem ini juga disertai oleh 20 orang guru. Semua peserta kem menginap di Kompleks Rakan Muda, Besut.
Print