SMA Khairiah

Sekolah Menengah Agama Khairiah


Sekolah Menengah Agama Khairiah
JenisSekolah Menengah Agama, Sekolah kerajaan
Kod sekolahTFT3001
Lokasi Malaysia Jalan Sultan Omar , Kuala Terengganu , MalaysiaKuala Terengganu, Terengganu Darul Iman,Malaysia
Telefon6096301000
Faks6096312063

Sekolah Menengah Agama Khairiah atau nama ringkasnya SMA Khairiah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Jalan Sultan Omar , Kuala Terengganu , Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Khairiah memiliki 0 pelajar lelaki dan 942 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 942 orang. Ia mempunyai seramai 99 orang guru.2009

Alamat

Sekolah Menengah Agama Khairiah
20300, Jalan Sultan Omar , Kuala Terengganu , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096301000
Fax = 6096312063






SEJARAH

Sekolah Menengah Agama Khairiah mula diasaskan pada 8 Sept 1942 di beranda Masjid Hiliran, Kuala Terengganu oleh Ustaz Hj. Ahmad Fuad dan Ustaz Ahmad Zaki bin Salleh Al-Masri. Perasmiannya telah dilakukan oleh DYMM Sultan Sulaiman pada hari Jumaat, 05 Mac 1943. Kemudiannya Madrasah Al-Khairiah dipindahkan kawasan dekat Masjid Hiliran yang telah dikhairatkan dua buah rumah oleh Dato' Andika DiRaja dan En. Mohd. Ali Awang Besar. Pada awal 1953 SMA Khairiah dikhaskan kepada pelajar-pelajar perempuan sahaja sehingga kini.
Pada 29 April 1959 Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu telah membeli rumah daripada Tuan Hj. Kassim bin Omar di Gong Kapas, Kuala Terengganu. Pada 06 April 1961, mula dipindahkan ke bangunan baru di Gong Kapas. Pembukaan rasmi pada 27 Mei 1961 oleh DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan Terengganu. Pembesaran kawasan sekolah dari semasa ke semasa dilakukan dengan pengambilan tanah oleh kerajaan iaitu Bengkel Jahitan MARA.






MISI, VISI, MOTO 
MISI
BERUSAHA MENINGKATKAN PRESTASI AKADEMIK SECARA BERTERUSAN SERTA MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH KEARAH MEMBENTUK SAHSIAH TERPUJI DAN BERKETERAMPILAN

VISI
"MAJU TERUS MAJU"

MOTO
BERSATU MENCEMERLANGKAN SMAKH

SLOGAN
ILMU ITU CAHAYA

2 comments: